Kosong

Bila kau orang cakap tak pernah membelah bahagi rasa sayang .
Pernah terlintas tak untuk memikirkan sama ada betul atau tak .
Mungkin kau tak rasa sebab kau yang bermanis mulut cakap kau bahagikan kasih sayang tu sama rata .
Tapi aku rasa ,
Sebab akulah mangsa daripada manis mulut kau yang kononnya tak pernah melebihkan kasih sayang kepada satu pihak sahaja .

Sudah muaklah aku dengan manis mulut kau orang .
Sejak dulu lagi .
Takkan lah aku bodoh ,
Apa yang budak cakap , selalunya benar .
Benda ni sejak kecil lagi aku cakap , yang kau curah kasih sayang kat aku paling sikit .
Tapi kautempis segala kata kata aku
Dengan berkata
"Mana ada , aku berikan kasih sayang sama sahaja kepada semua orang , takada yang terlebih atau terkurang"

Kalau benarlah sama rata ,
Kenapa aku rasa kosong ?

No comments:

Post a Comment