Batu api

Kadang kadang aku rasa 
manusia si batu api ni takpayah wujud dalam dunia ni
Sebab diaorang suka menyulitkan sesuatu yang senang 
sebab dah tak ada kerja 
Hasut sana , hasut sini 
Conteng muka orang
Bagus sangatlah macam tu 

Takpe , tak lama pun 
Sekejap 
Aku harap satu hari kau datang mengadap aku
mintak maaf kat aku
tapi jangan risau , sahabat
Aku takkan maafkan kau 
Kau dah buat seluruh kawan aku jadi lawan aku 
Kau dah buat semua orang yang aku sayang , benci aku

Bodohkan kau
Mungkin sebab dah lama tak masuk kelas
bebal menjadi jadi 

Kerja lain lebih penting yang duk hasut kenapa 
Eh , sakit hati , sakit sorang jelah 
Takperlu kau burukkan nama aku lah 

Tak kemana weh , 
Itu aku berani jamin , 

Penat je kau burukkan nama aku , 
Alhamdulillah , kawan aku masih ada disekeliling 

"Takpe Balqis , kiteorang ada"

Mana nak cari orang macam ni 
Datanglah
Datanglah beradu tenaga dengan aku 
Walaupun kau lelaki , aku perempuan 
Walaupun kau lagi kuat dari aku 
Aku ada Allah , 
Aku ada kawan kawan yang setia dengan aku 
Aku ada cikgu 

Aku jentik je kau , habislah cerita 

Aku tak dendam dengan kau , aku sakit hati 
Manusia bangsat macam kau ni tak perlu wujud depan aku 
Kau macam bakteria yang cuba masuk dalam badan aku , 
tapi dengan bantuan granules agranules aku , kau tak dapat.

Suka

Cuba appreciate bila seseorang suka kat engkau 

Susah ke ?
Tak perlu bayar pun . 

Biarkan je kalau dia suka engkau 
Takperlu sakitkan hati dia , tak perlu guris hati dia 

"Suruh dia berhenti suka aku , aku dah ada orang lain "

Bodoh ke engkau ni 

Yang hati kau, kau kisah 
Yang hati dia ni , 
Kau pijak dia macam dia ni binatang 
Kau ingat kau hot sangat nak cakap macam tu 

Kau kena ingat ,
bila orang suka kau , maknanya ada sesuatu pasal diri kau yang dia suka 
Mungkin bukan sebab wajah , tapi hati
Mungkin selain zahir , dia tengok batin 

Namun , 
kau robek segala baik sangka dia terhadap kau
Mudah kau hilang kawan macam tu je 
dalam sekelip mata ada yang membenci 
bukan seorang 
tapi ramai 

susah ke kau nak jadi macam orang lain 
yang hanya follow the flow 
takpayah buat hati seseorang tu macam sampah 

Bodohlah

Bodohlah cakap aku tak sedih
Bodohlah cakap aku tak terasa

Bodohlah orang yang buat aku sedih
Bodohlah orang yang buat aku terasa

Bodohlah orang yang buat hati keras ini bertukar menjadi lembut , 
dan mengalirkan airmata dua kali 

Maaf jika ayat aku ini kasar , 
tak sesuai dengan jantina aku 

Calarkan perasaan aku
Conteng muka aku 
Cukuplah 

Tak sanggup aku mengalir airmata untuk hari kemudian
Diri ini terlalu lemah 
Kata semangat tidak cukup 
Pelbagai pihak bagi semangat , Alhamdulillah
aku bersyukur kat Allah ,
 hantarkan mereka tatkala aku rasa macam tak larat nak hidup
tatkala aku rasa aku dah tak ada sesiapa lagi 

Baru kita tahu mana kawan mana lawan 
baru kita sedar mana pandai mana bodoh 

Jahat

Terkadang aku tanya diri aku , 
"Jahat sangat ke aku sampai orang nak tikam aku "
"Buruk sangat ke wajah aku sampai orang tu benci melihat wajah aku "

atau ...

"Sempurna sangat ke orang tu kutuk aku ?" 

Aku baru sedar  
Dunia ni kejam . 
Hidup ni kejam 
Manusia kejam . 

Di penghujung cerita , manusia bukan sesuatu yang boleh kita percaya
Terkadang orang yang kita percaya sanggup melukakan hati kita .