Bukan ku tak rindu...

Mak,
Maafkan Balqis.
Jarang sangat call mak.
Bukan tak rindu
Bukan tak sayang
Bukan tak ingat
Bukan tak kisah
Bukan tak cinta
Balqis, cuma takut
Butir mutiara jatuh
Sebab tak nak mak fikir Balqis sedih duduk sini.
Selama hidup tak pernah berpisah,
Tiba-tiba kena pisah jauh, pisah negara.
Siapa tak rindu...
Andai kata dapat hari hari pulang Malaysia, Balqis balik sekarang .
Tapi...
Tak boleh .
Tahu, mak rindu, tahu mak sedih Balqis tak call.
Tapi tak bermakna Balqis happy tak call mak.
Kalau mak boleh faham perasaan Balqis, mesti mak tak akan persoalan kenapa Balqis tak call mak.
Walau nak masuk 2 bulan baru 2 kali call mak, tapi Balqis sentiasa harap mak, abah, dapat hadir dalam mimpi mimpi Balqis sepanjang malam.
Mak,
Maafkan Balqis tak telefon mak,
Mengubat luka dihati
Menangkis perasaan rindu
Memeluk tubuh mak disaat mak rindu
Mengelap butir mutiara dari mata mak.
Maafkan Balqis, Mak.

Day 1 : Arab 099

"Rasa sayang pula tak faham (rugi)"
-Tulis member sebelah kat buku.
First day masuk kelas, haram satu apa aku tak faham, dari A sampai F tapi G sampai L faham sikit. Tapi start M sampai Q tak faham pastu R sampai Z faham balik.
Awalnya dia berceeeritaaaaa je, faham part "واضح؟" (jelas?)
Pastu tengah tengah tu dia sentuh pasal nahu, ha kau capai pen tuuuuulis je, bukan cakar ayam je cakar segala haiwan yang wujud di alam ini.
Pastu dia start berceritaaa pulaaaa.
"Alifah, nak gelak tak? "
" gelak je bila dorang gelak"
Faham balik bila dia ambil ghiyab.
Al kisah hari pertama dalam kuliah Arab 99.
Azam 2016 : Faham setiap patah perkataan 'ami yang disebut doc dengan sebaiknya ✌

...

You asked for people opinions.
But
When they give their opinions,
You abandoned them,
And claim you have made your choice

Then what's the point of ASKING people damn opinions!

Durgh

8 Oct

Termaktub dalam sejarah,
Tarikh paling keramat

8 Oktober 2015. 

Aku telah sebulat suara menukar takhasus dari Bahasa Arab kepada Usuluddin.

Setelah dua kali dalam dilemma yang sangat teruk

Moga penukaran ini dapat membawa kebaikan kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Mohon diri boleh bawa segala apa yang dibelajar, dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari.

Moga ini adalah panggilan dan jawapan Allah untuk aku tukar takhasus

Moga ini adalah apa yang aku cari selama ini.  Bukan sahaja najih dalam bahasa arab, tetapi juga dalam Quran dan Hadith.

Moga aku dapat hafal walau separuh Al Quran , kalau ditakdirkan tamam 30 juzuk, Alhamdulillah.

Moga aku dapat faham Al Quran dan Hadith lebih mendalam.

Moga dengan penukaran ini, mak abah bangga dengan kejayaan, dan sokong aku.

Moga dengan penghijrahan ini, aku dapat menanam kecintaan sedalam dalamnya terhadap Islam dan Allah dan Rasul-Nya.

Yang paling penting, moga penukaran ini dapat menjadikan aku seorang siswi yang terbaik, anak yang soleh dan berjaya dan seorang hamba yang teguh imannya. Amin

Doakan aku berjaya.