8 Oct

Termaktub dalam sejarah,
Tarikh paling keramat

8 Oktober 2015. 

Aku telah sebulat suara menukar takhasus dari Bahasa Arab kepada Usuluddin.

Setelah dua kali dalam dilemma yang sangat teruk

Moga penukaran ini dapat membawa kebaikan kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Mohon diri boleh bawa segala apa yang dibelajar, dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari.

Moga ini adalah panggilan dan jawapan Allah untuk aku tukar takhasus

Moga ini adalah apa yang aku cari selama ini.  Bukan sahaja najih dalam bahasa arab, tetapi juga dalam Quran dan Hadith.

Moga aku dapat hafal walau separuh Al Quran , kalau ditakdirkan tamam 30 juzuk, Alhamdulillah.

Moga aku dapat faham Al Quran dan Hadith lebih mendalam.

Moga dengan penukaran ini, mak abah bangga dengan kejayaan, dan sokong aku.

Moga dengan penghijrahan ini, aku dapat menanam kecintaan sedalam dalamnya terhadap Islam dan Allah dan Rasul-Nya.

Yang paling penting, moga penukaran ini dapat menjadikan aku seorang siswi yang terbaik, anak yang soleh dan berjaya dan seorang hamba yang teguh imannya. Amin

Doakan aku berjaya.

1 comment: