Tisu




Tisu ni
Menjadi bukti
Pada 20June2014 , Jumaat
Aku menangis sebab result

Akan aku bingkaikan tisu ni
Buat menjadi semangat
Kalau rasa malas ,
Aku pandang tisu ni

Aku menangis
Sebab aku gagal dalam pelajaran
Aku turun sebawah bawahnya
Aku tak berada di atas lagi

Alhamdulillah ,
Banyak prespektif kita boleh tengok dengan kegagalan ini .

Markah aqs dan psi yang sangat tidak menunjukkan seorang Islam
Sangat menyedihkan
Tindakan menukar buku rujukan , sangat aku kesali

Yang dahulunya berada pada tangga ke-7
Kini jatuh ke tangga ke-21

Prespektif pertama ,
Nasib baik Allah tunjukkan yang buku rujukan tu tak elok .
Cuba kalau Allah tunjuk masa trial atau peperiksaan sebenar

Prespektif kedua ,
Mungkin aku dah mula terasa bangga diatas kejayaan
Allah marah
Allah nak turunkan sifat bangga diri tu
Allah jatuhkan aku
Bagi aku tahu aku kena berusaha lagi untuk berjaya .

Banyak kali aku dah cakap dengan diri sendiri , termasuk rakan lain
"Allah saja nak gagalkan , sebab taknak kau membangga diri

No comments:

Post a Comment