Cepatlah

Sekarang ,
Aku hanya mengharapkan tahun ini cepat beransur pergi .
Dah tak sanggup ;
Tak sanggup nak melalui hari hari penuh sengsara
Hati ,
Mohon kuat . Mohon sado .
Mohon tahan segala apa yang datang menghentak dalam diam
Cepatlah datang tahun baru .
Ini sahaja yang aku mampu berharap .

Jika tahun ini berhajat beransur lambat
Aku hanya boleh minta
Di usir segala kebenaran yang susah diterima
Yang berat dicerna

Ya Rabb .
Lemahnya aku .

Tolong ...
Tolong jaga hati aku .
Maafkan aku ,
Jika ini permintaan paling berat buat kau ,
Tapi , ini sahaja yang mampu aku meminta
Berhenti kau sakitkan hati aku
Dalam diam ,
Ada sahaja yang membuat aku benci pada kau
Benci pada tindakan kau
Mungkin rasa cemburu yang makin lama makin sarat

Tahan wahai diri ,
Jangan cepat membenci .

No comments:

Post a Comment